SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Monday 13 June 2016

Jawatan Kosong Di JAIK - 12 Julai 2016

Jawatan kosong terkini di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK) sebagai :

1. PEMANDU KENDERAAN H11

Tarikh tutup permohonan 12 Julai 2016
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Di JAIK

CARA MEMOHON
8.1 Permohonan hendaklah dbuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di alamat http://www.jaik.gov.my

8.2. Pemohon hanya dibenarkan memohon satu jawatan sahaja yang diiklan dengan syarat mereka memenuhi syarat lantikan dan kelayakan yang ditetapkan.

8.3 Semua maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

8.4. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di dalam perkhidmatan tetap, sementara dan kontrak hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan dalam Peraturanperaturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan permohonan itu bersama-sama dengan salinan KENYATAAN PERKHIDMATAN (disediakan, disahkan dan ditandatangani oleh pihak pejabat yang menyimpan Buku Perkhidmatan) dan salinan LAPORAN PENILAIAN PRESTASI. Permohonan caloncalon tanpa disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan
salinan Laporan Penilaian Prestasi dianggap tidak lengkap dan tidak akan diberi pertimbangan.

8.5. Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersama-sama borang permohonan;

a) Salinan keputusan peperiksaan SRP/PMR dan sebagainya
b) Sekeping gambar (terbaru) berukuran pasport
c) Kad Pengenalan
d) Sijil Pendaftaran Kelahiran/Sijil Lahir
e) Sijil Berhenti Sekolah
f) Sijil Persekolahan
g) Lesen Memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi permohonan jawatan Pemandu Kenderaan sahaja
h) Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini bagi calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan

8.6. Borang Permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil dan dokumen-dokumen yang lain berkaitan dengan setem yang mencukupi.

a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat berukuran 229mm x 423mm dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi;
b) Di penjuru atas sebelah kiri sampul surat berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas, NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

8.7. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YANG BERBAHAGIA,
PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN
BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA
05676 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.


Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Di JAIK - 12 Julai 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong