SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Friday 25 December 2015

Skim Sangkutan Dan Latihan (SSL) di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) - 31 Disember 2015

TAWARAN MENYERTAI SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL) BAGI GRADUAN SISWAZAH (ANAK MELAKA) PENGAJIAN ISLAM YANG BELUM MENDAPAT PEKERJAAN

Permohonan  adalah  dipelawa  daripada  Warganegara  Malaysia  berasal  dari  Melaka  yang berkelayakan  untuk menyertai  Skim  Sangkutan  dan  Latihan  (SSL)  bagi Graduan  Siswazah Pengajian Islam yang belum mendapat pekerjaan seperti berikut :-

1.Graduan SiswazahPengajian Islam

No. Notis : MAIM/PP/302/1 - 2015
Penempatan :Di Pelbagai Majlis/Jabatan/Agensi Agama Negeri Melaka
Elaun : RM900.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Enam (6) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*



2.SYARAT KEMASUKAN

Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Anak Negeri Melaka (Warganegara Malaysia);
(b) Graduan dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam yang belum mendapat pekerjaan;
(c) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian  tinggi  tempatan  atau  kelayakan  yang  diiktiraf setaraf dengannya; dan
(e) Lulus  Sijil  Pelajaran Malaysia  atau  yang  setaraf  dengannya  serta  Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil  Pelajaran  Malaysia  atau kelulusan  yang  diiktiraf  setaraf  dengannya  oleh kerajaan.

3. CARA MEMOHON

3.1 Borang  Permohonan MAIM/PP/302/1 - 2015 boleh  diperolehi  daripada Urusetia  SSL Kaunter
seperti berikut :

Jabatan Agama Islam Melaka
Bahagian Pendidikan, 
Lot 43 - 45, Jalan KPAA 2, Kompleks Perniagaan Al - Azim,
Bukit Palah, 75150 MELAKA.
(U.P : Encik Mohd Said bin Md. Amin)

Majlis Agama Islam Melaka
Bahagian Pentadbiran dan Perkhidmatan,
Pusat Islam Melaka, Aras 1, Bukit Palah, 
75400 MELAKA.
(U.P : Encik Mohd Rizalman bin Syed)

atau boleh dimuat turun pada link muat turu borang permohonan dibawah.

3.2 Borang Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dihantar bersama salinan sijil yang telah disahkan benar seperti berikut :-

a) Salinan Sijil Kelahiran;
b) Salinan Kad Pengenalan;
c) Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan kedua ibubapa;
d) Salinan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam ;
e) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya; dan
f) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini.

Kepada :

Urusetia SSL,
Majlis Agama Islam Melaka,
Bahagian PSM dan Penerbitan,
Aras 1, Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400 Melaka.
(U.P : Encik Mohd Rizalman bin Syed/Puan Haszlinda binti Zainal Abidin)

Sebelum atau pada :  31 Disember 2015 (Khamis)

3.3 Permohonan yang diterima daripada calon-calon yang tidak memiliki kelayakan yang disyaratkan  dalam  iklan  dan  tidak  mengemukakan  salinan  dokumen seperti  di perenggan 3.2 tidak akan dilayan.
3.4 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk Temuduga.
3.5 Pemohon-pemohon  yang  tidak  mendapat  sebarang  jawapan  selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3.6Pihak Majlis  Agama  Islam  Melaka tidak  terikat  untuk  memberi  pekerjaan  tetap  atau sementara kepada para peserta skim selepas menamatkan latihan.

Muat turun iklan jawatan disini

Muat turun borang permohonan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Skim Sangkutan Dan Latihan (SSL) di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) - 31 Disember 2015 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong