KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,646 kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen akan diisi secara berperingkat mulai awal tahun depan.
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, 484 calon bagi jawatan gred KP17 dan 70 calon gred KP27 dijangka melapor diri pada Februari depan.
Beliau berkata, sehingga kini hanya 12,774 jawatan telah diisi manakala Jabatan Imigresen sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mengadakan sesi temuduga bagi mengisi baki kekosongan jawatan.
"Pengambilan ini dapat mengisi kekosongan jawatan di seluruh negara khususnya di Johor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan sambutan Hari Imigresen 2015 peringkat Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Halim berharap kerajaan dapat meluluskan permohonan insentif penguatkuasaan RM200 sebulan melibatkan peruntukan sebanyak RM30.4 juta. - Sumber Bernama
CARA MEMOHON
Bagi individu-individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Imigresen adalah disarankan untuk memohon sekarang di laman Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sila ikuti arahan dan panduan seperti dibawah untuk memohon.
Syarat dan Kelayakan Pegawai Imigresen Gred KP17 Disini
Syarat dan Kelayakan Penolong Penguasa Imigresen / Penguasa Imigresen KP27-KP54 Disini
Permohonan Jawatan Secara Online Disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda