SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Wednesday 13 January 2016

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - 438 Penjawatan

Info terbaru Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Tahun 2016. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mensasarkan 438 kekosongan dipelbagai gred jawatan.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pengambilan rekrut baharu apabila menawarkan 438 perjawatan melibatkan pelbagai gred pada tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Arifin Che Mat berkata terdapat kira-kira 300 kekosongan jawatan penguatkuasaan yang bermula dengan gred N17 manakala selebihnya melibatkan bukan jawatan penguatkuasaan.

“Sekarang ini, pengambilan sedang dilaksanakan dan pada tahun hadapan, kami yakin jawatan itu dapat dipenuhkan bagi menampung tugas-tugas dalam jabatan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kenderaan penguatkuasaan Zon Timur, di sini Isnin.

Menurutnya pengambilan rekrut itu adalah perlu bagi menampung keperluan semasa termasuk kekosongan bagi pembukaan beberapa Stesen Penguatkuasaan JPJ baharu di seluruh negara selain di Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang memerlukan anggota untuk melaksanakan tugas di kawasan itu.

“Kami tidak wujudkan jawatan. Yang ada kini hanya kekosongan bagi pengisian jawatan, jadi kami akan agihkan pengambilan baharu itu sebaik mungkin bagi memastikan operasi kami tidak terjejas,” katanya dan menambah permohonan boleh dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Sumber – BERNAMA


jawatan kosong joj malaysia 2016
"Bagi mana-mana individu yang berminat anda bolehlah memohon jawatan di Laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). "- myjobelist.blogspot.com

Ulasan Admin Myjobelist

"Bagi jawatan yang disebutkan bermula dengan Penguatkuasa Gred N17 adalah seperti Pembantu Penguatkuasa Gred N17 (SPM, SPMV), Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 (Diploma) dan Pegawai Penguatkuasa N41 (Ijazah), yang masih belum memohon sila ke link yang admin berikan dibawah."

Syarat dan kelayakan Pembantu Penguatkuasa N17 disini

Syarat dan kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 disini

Syarat dan kelayakan Pegawai Penguatkuasa N41 disini

Untuk memohon secara online disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - 438 Penjawatan Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong