Ramai diantara pemohon kerja di laman website atau portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang terlupa kata laluan dan juga terlupa alamat email ataupun terlupa kata laluan email mereka. Disini saya akan kongsikan bagaimana untuk mendapatkan kembali kata laluan anda di laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau bagai mana cara untuk membuat aduan di laman SPA8 berkenaan. Semoga panduan ini akan memberi sedikit manfaat untuk kita bersama.
Sila ikuti langkah dan panduan seperti dibawah:
1. Sila kelaman Aduan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) : http://aduan.spa.gov.my/aduanv2/Baru.php
2. Sila masukkan aduan anda seperti gambar dibawah, selepas mengisi kesemuanya sila klik pada button Hantar Aduan.
3. Langkah seterusnya, sebaik sahaja pertanyaan atau aduan dihantar, nombor rujukan akan dipaparkan dan dihantar kepada emel pengadu seperti yang didaftarkan semasa mengisi pertanyaan. Pastikan anda menyimpan nombor aduan tersebut (untuk anda semak kemudian).
4. Bagi yang telah menghantar borang aduan bolehlah menyemak kembali pada ruangan semak disebelah kanan (seperti gambar dibawah).
5. Kebiasannya aduan anda akan dijawab dan dikemaskini antara 3-5 hari (waktu bekerja).
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda