SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday, 6 September 2016

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) - 13 September 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sebagai :

1. PENOLONG JURUTERA JA29 (08 KEKOSONGAN)

Tarikh tutup permohonan 13 September 2016
Lokasi : Seluruh Malaysia / Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

LATAR BELAKANG
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937. Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu.

Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan yang bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. Sehubungan dengan penubuhan jabatan ini, pelbagai akta berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping menjadi landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya. Ekoran wujudnya kemajuan dalam sistem pengangkutan negara yang ketara pada tahun 1980, JPJ kian terbeban dengan pelbagai tanggungjawab dalam meningkat mutu perkhidmatannya. Selaras dengan itu, penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap bahagian yang terdapat dalam jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam perkhidmatan. Era 90 an menunjukkan kemajuan paling memberangsangkan kerana wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem pengangkutan.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu, ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.


Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) - 13 September 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong