SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday 9 August 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - 19 Ogos 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan) yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun keatas dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
3. PEMBANTU OPERASI N11

Tarikh tutup permohonan 19 Ogos 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong di majlis perbandaran manjung (mpm) ogos 2016

CARA MEMOHON :
(1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPM 1 yang boleh dimuat turun melalui portal dengan melayari http://www.mpm.gov.my, Majlis Perbandaran Manjung. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir.

(2) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil persekolahan / akademik yang telah disahkan serta sekeping gambar terbaru berukuran passport dan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 33sm X 23sm.

(3) Pemohonan rakyat Negeri Perak yang lahir di luar Perak, sila kemukakan salinan Kad Pengenalan bapa yang telah disahkan.

(4) Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya;
i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak lengkap atau tidak terang;
iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
v) tidak ditandatangani.

Permohonan hendaklah sampai kepada :

(melalui pos) 

YANG DIPERTUA 
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JALAN PINANG RAJA 
32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN 

(serahan tangan)

KAUNTER 1SERVE
BANGUNAN BLOK B
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JALAN PINANG RAJA
32040 SERI MANJUNG, PERAK


Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - 19 Ogos 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong