1. Pengarah Yayasan Canselor
Tarikh tutup permohonan 16 Mei 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
KELAYAKAN :
Calon tersebut hendaklah merupakan individu yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, proaktif dan tekun dalam pelaksanaan, mempunyai minat yang tinggi dan berpengalaman dalam bidang kerjasama dan penjanaan dana. Calon juga perlu mempunyai kemahiran pemasaran dan pengorganisasian yang cemerlang dan mahir dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Calon mestilah mempunyai personaliti dan kemahiran komunikasi yang baik bagi mengurus dan membawa pihak-pihak yang relavan bagi tujuan kolaborasi.
- Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian, Ijazah Profesional, Ijazah Sarjana
atau setaraf dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 7 tahun, sebaik-baiknya dalam sektor korporat atau organisasi berkaitan.
GAJI DITAWARKAN :
RM10,000 – RM12,000 (sebulan)
Taraf jawatan adalah secara kontrak. Pakej ganjaran menarik disediakan berdasarkan kelayakan dan pengalaman calon.
Permohonan (resume) perlu dihantar sebelum 16 Mei 2016 ke alamat :
UNIT PERJAWATAN & KENAIKAN PANGKAT
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR, ARAS 5
BANGUNAN CANSELORI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
Calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temuduga dan calon yang berjaya akan diminta melapor diri secepat mungkin. Jika calon tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda