SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday 5 April 2016

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) - 19 April 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
2. PEMBANTU TADBIR N17

Tarikh tutup permohonan pada 19 APRIL 2016
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas)

CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM 2.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pasir Mas beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

b. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan MDPM 1.

c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

d. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

e. Alamat Permohonan :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
KOMPLEKS APAM PUTRA
BANDAR BARU PASIR MAS, LUBOK JONG
17070 PASIR MAS
KELANTAN 

Iklan jawatan dan syarat-syarat permohonan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPMas) - 19 April 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong