SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Monday 4 April 2016

Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) - 17 April 2016

Jawatan kosong terkini di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai :

1. AKAUNTAN W41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
3. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17

Tarikh tutup permohonan 17 April 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

 Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

PERINGATAN KEPADA CALON

1. Permohonan jawatan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh iklan ditutup.

2. Sila pastikan borang permohonan jawatan secara "on-line" diisi dengan lengkap.

3. Jika pemohon dipanggil untuk menghadiri temuduga, sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:-
i. Sekeping gambar berukuran pasport yang ditulis nama dan no. kad pengenalan dibelakangnya;
ii. Kad pengenalan asal dan satu salinannya yang diakui sah;
iii. Sijil-sijil asal berkaitan dan satu salinannya yang diakui sah; dan
iv. Apa-apa surat akuan asal dan satu salinannya yang diakui sah.

4. Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

5. Sekiranya pemohon sedang memegang jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan, pemohon hendaklah membawa bersama surat pelepasan daripada Ketua Jabatan, penyata perkhidmatan dan laporan sulit apabila menghadiri temuduga.

6. Semua pemegang-pemegang biasiswa/dermasiswa dikehendaki mendapatkan surat akuan pelepasan perjanjian dari Penganjur biasiswa/dermasiswa mereka sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.

7. Tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga ini tidak akan dilayan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

8. Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas permohonan yang tidak diterima atau tidak lengkap. 

Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) - 17 April 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong