Tarikh tutup permohonan 27 Mei 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan / Berkanun
DESKRIPSI TUGAS:
- Merangka program, spesifikasi teknikal, pengujian dan melaksanakan aplikasi perisian, boleh mengurus projek dari peringkat analisis sehingga ke peringkat penyerahan
-Menjalankan analisis sistem dan kerja-kerja reka bentuk untuk pengguna (end user), mengenal pasti dan membincangkan keperluan perisian serta membantu menentukan reka bentuk pangkalan data
-Menyediakan reka bentuk dan susun atur grafik antara muka pengguna (user interface)
-Menyediakan dokumentasi bagi semua program yang dibangunkan
-Mengekalkan dan meningkatkan aplikasi perisian yang sedia ada
-Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah untuk pengguna pada aplikasi, perisian komputer peribadi, internet dan teknologi komputer baru
-Penyelidikan, menilai dan menyediakan cadangan mengenai teknologi komputer baru
SYARAT KELAYAKAN:
-Diploma / Ijazah dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Mempunyai pengalaman 2 tahun atau lebih dalam bidang berkaitan
-Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
-Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja di bawah tekanan
-Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan boleh berhubung dengan semua peringkat kakitangan
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda