1. PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Tarikh tutup permohonan 22 APRIL 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
CARA MEMOHON
i. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang boleh didapati di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.edu.my/btp
ii. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan melengkapkan borang yang disertakan bersama-sama iklan ini ; (salinan fotostat boleh diterima)
iii. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui dan mendapat sokongan Ketua Jabatan / Ketua Bahagian / Pengetua / Guru Besar masing-masing yang disertakan dengan salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang dikemaskini dan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk 3 tahun berturut-turut ;
iv. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan dan salinan kad pengenalan yang disahkan ;
v. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut ;
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pesiaran Bukit Kiara
50604 KUALA LUMPUR
(u.p : Unit Pentadbiran)
vi. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan adalah ditolak
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda