SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Monday 4 April 2016

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Ketereh (MdKetereh) - 14 April 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Ketereh (MdKetereh) April 2016 | Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Ketereh (MdKetereh) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Daerah Ketereh (MdKetereh) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG – UNDANG

Tarikh tutup permohonan 14 APRIL 2016
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Ketereh (MdKetereh)

CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang boleh diperolehi dengan bayaran RM3.00 :

i) di Kaunter Bahagian Perbendaharaan, Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, 16450 Kota Bharu, Kelantan.

ii) Muat - turun melalui laman web Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam www.mdketereh.gov.my ( hanya borang yang dilampirkan resit bayaran / cetakan resit bayaran / Wang Pos RM3.00 atas nama Majlis Daerah Ketereh sahaja yang akan diproses ). Bayaran secara online boleh dibuat melalui Perbankan Elektronik kepada Majlis Daerah Ketereh melalui RHB No. 25302500001325 dan Bank Islam No. 03120010000711. ( Sila kembarkan butir – butir pembayaran )

(b) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan berserta.

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan / Profesional serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dokumen- dokumen lain sebagai sokongan.

(d) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengikut Peraturan 17. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005). 

(e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM
16450 KOTA BHARU
KELANTAN

(f) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(g) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.
(h) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya. 

Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Majlis Daerah Ketereh (MdKetereh) - 14 April 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong