1. PELATIH POLIS BANTUAN
TARIKH TEMUDUGA : 21/12/2015 (ISNIN)
MASA : 8.00 PAGI
PUSAT TEMUDUGA :
IBU PEJABAT
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO.3, JALAN TAMAN KINTA TAMAN CHATEAU
30250 IPOH, PERAK
A) KELAYAKAN DAN SYARAT – SYARAT
- Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut sistem terbuka dengan lulus enam (6) mata pelajaran iaitu dua (2) daripada mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian termasuk Bahasa Melayu dalam satu peperiksaan ATAU dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut – turut
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh temuduga.
B) KELAYAKAN FIZIKAL
- Tinggi sekurang – kurangnya 1.67 M tanpa sepatu.
- Berat badan sekurang – kurangnya 53 Kg. Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25
- Ukuran dada biasa sekurang – kurangnya 79 sm dan 84 sm semasa menarik nafas.
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v / 6 / 9 tanpa cermin mata atau kanta lekap (contact lens).
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental serta lulus pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan x – ray.
- Boleh berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Malaysia.
- Bebas dari segala jenis Dadah/ Jenayah
- Sedia ditempatkan di mana-mana lokasi di rangkaian Kumpulan PPPNP.
C) SPESIFIKASI TUGAS
- Menjaga Kawasan Bit, pos ladang/kilang, ibu pejabat dan lain-lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan PPPNP;
- Menjalankan tugas-tugas rondaan di Ibu Pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;
- Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang memasuki Ibu Pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;
- Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di Ibu pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;
- Membuat laporan kenyataan yang benar dalam buku catatan, buku harian dan sebarang buku laporan.
D) KOD ETIKA PAKAIAN
- Calon-calon yang hadir dikehendaki berpakaian kemas dengan memakai kemeja lengan panjang berwarna putih,bertali leher, seluar slack berwarna hitam dan kasut pejabat.
- Calon-calon juga dikehendaki membawa kemeja-T, seluar sukan dan kasut sukan bagi tujuan ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan.
E) NOTA TAMBAHAN
- Pihak Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau apa-apa kesan akibat daripada menjalani ujian kecergasan dan saringan air kencing pengambilan dadah terlarang.
- Hanya calon-calon yang hadir sebelum jam 11.30 pagi sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi ujian fizikal, kawad dan kecergasan.
Calon-calon yang lulus sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan akan menghadiri Sesi Temuduga pada hari yang sama.
Calon – calon yang berminat dan memenuhi syarat – syarat dikehendaki hadir ke sesi pemilihan di pusat temuduga yang ditetapkan dengan mengemukakan sijil SPM/PMR, Resume, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan, lain-lain sijil yang berkaitan (salinan asal dan fotostat) dan sekeping gambar terkini berukuran passport.
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda