1. JURUTEKNIK (MEKANIKAL/ELEKTRIKAL/ELEKTRONIK)
Tarikh tutup permohonan pada 04 MAC 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun / Swasta
Kriteria Pemilihan
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Berkemahiran dalam penggunaan aplikasi komputer.
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
- Sedia bertukar ke mana- mana lokasi dirangkaian KTMB.
- Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.
Spesifikasi Tugas
- Menyelia kakitangan dan melaksanakan kerja-kerja membaikpulih (overhaul) ke atas komponen-komponen stokereta, fasiliti depoh atau peralatan KTMB .
- Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja mengenalpasti (trouble shooting) dan mengesan kerosakan (fault finding) komponen atau peralatan dan merawatnya.
- Memeriksa dan memastikan kerja-kerja penyenggaraan telah dilakukan dengan sempurna dan berkualiti mengikut spesifikasi teknikal.
- Membuat dan melaporkan segala aktiviti penyenggaraan harian melalui sistem MMIS atau sistem manual dan memastikan aturan penyediaan peralatan ganti diuruskan tanpa gagal.
- Sentiasa berkomunikasi dan membuat laporan kepada pegawai atasan berhubung dengan kemajuan tugas.
- Bertanggungjawab memastikan keharmonian kerja berkumpulan, aturan kerja, aspek keperluan keselamatan diri dan pekerja dan penjagaan peralatan kerja yang efektif bagi menjamin peningkatan prestasi kumpulan kerja dan jentera.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir butir peribadi lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan dan sampul surat beralamat sendiri yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat pada 4 Mac 2016 ke alamat berikut:-
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22631312 / 22631130
Muat turun iklan jawatan dan syarat-syarat permohonan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda