SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Monday 11 January 2016

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) - 25 Januari 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) sebagai :

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi ) N17

Tarikh tutup permohonan pada 25 Januari 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS)

Majlis Sukan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Jadual Kedua (Pindaan) 1988. Majlis Sukan Kuala Lumpur yang pada masa itu berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti program pembangunan sukan atlet remaja, atlet berbakat dan berprestasi tinggi (elit) dalam arena sukan tempatan baik di peringkat dalam negeri mahupun antarabangsa.

Mulai 28 Oktober 1996, Majlis Sukan Kuala Lumpur dipisahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tertinggi (JKTT) Bil. 10/1996 . Pada 27 Mac 2004, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan dan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri menjadi sebahagian daripadanya.

Walau bagaimanapun, Majlis Sukan Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1979 adalah tidak meliputi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dari segi Akta Majlis Sukan Negara (Pindaan) 1979 (Akta A460) Seksyen 2(a). Seksyen tersebut hanya menyatakan kewujudan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Negeri di bawah seksyen 7 dan tidak merujuk kepada Majlis Sukan Kuala Lumpur.

Muat turun iklan jawatan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) - 25 Januari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong