SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday 29 December 2015

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Yong Peng (MDYongPeng) - 10 Januari 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Yong Peng (MDYongPeng) Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada  Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Daerah Yong Peng (MDYongPeng) sebagai :

1. Akauntan W41
2. Pegawai Penilaian W41
3. Pegawai Tadbir N41

Tarikh tutup permohonan pada 10 Januari 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Yong Peng (MDYongPeng)

CARA MEMOHON
1. Pemohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang permohonan Jawatan Di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Yong Peng yang boleh dicetak melaluiLam Web Majlis Daerah Yong Peng atau mengambil sendiri borang di Pejabat Majlis Daerah Yong Peng seperti
berikut:

PEJABAT MAJLIS DAERAH YONG PENG
KM 1 JALAN LABIS
83700 YONG PENG
JOHOR DARUL TA’ZIM
TEL: 07-4681026/4671276/4671441

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan sertakan dengan :-

(i) Sekeping gambar terbaharu berukuran passport;

(ii) Salinan Sijil, Diploma, Ijazah (bagi Diploma dan Ijazah termasuk transkip keputusan peperiksaan semua semester), SPM, PMR, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti aktiviti-aktiviti ko-korikolum ketika bersekolah. SALINAN SIJIL HENDAKLAH DIAKUI SAH oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

(iii) Nama jawatan/skim perkhidmatan yang dipohon hendaklah dicatat di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

(iv) Sila hantar borang permohonan berserta dokumen yang lengkap ke alamat seperti tertera di atas sebelum atau pada tarikh tutup iklan jawatan 10 JANUARI 2016.

(v) Sekiranya borang tidak diisi dengan lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan pengurusan pentadbiran Majlis boleh menolak permohonan calon serta
merta.

NOTA/CATATAN AM

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.
2. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.
3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak Berjaya.

Iklan jawatan dan syarat-syarat permohonan jawatan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Majlis Daerah Yong Peng (MDYongPeng) - 10 Januari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong