1. Sales Promoter
Tarikh tutup permohonan pada 18 Januari 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan
1. SPM (sales promoter)/Diploma/Degree Sales atau Marketing
2. Wanita/ Lelaki - 25-30th.
3. Mempunyai pengalaman melakukan jualan dan promosi produk.
4. Mempunyai Lesen memandu yang sah.
5. Matang dan boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua lapisan masyarakat.
6. Boleh bekerja diluar masa bekerja biasa dan bekerja di hujung minggu & hari-hari cuti umum.
Tanggungjawab.
1. Bertanggungjawab untuk melakukan sales/jualan Harian dan MENCAPAI TARGET JUALAN bulanan.
2. Bertangungjawab untuk mengemaskan kini laporan jualan harian dan melaporkan kepada pihak pengurusan.
3. Bertanggungjawab untuk mengemas dan menjaga rekod-rekod stok penerima dan stok jualan.
4. Bergerak dalam kumpulan atau individu untuk melakukan kerja-kerja promosi produk, di pasaraya dan kedai-kedai sekitar negeri Perak.
5. Membantu memberi Khidmat Jualan kepada pemborong, dan peruncit-peruncit yang membeli produk PEGRO.
6. Membuat laporan mingguan dan bulanan jualan kepada pihak pengurusan.
7. Melakukan aktiviti promosi di expo-expo, pasar malam, pasar tani dan sekolah-sekolah bagi memperkenalkan PEGRO.
Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar pemohonan dengan menyertakan ‘resume’ sijil-sijil berkaitan yang lengkap berserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan). Tuliskan nama jawatan di sebelah kiri sampul Surat dan hantar ke alamat berikut :
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA, TAMAN CHATEAU
30250 IPOH, PERAK
Hanya calon-calon yang terpilih sahaja yang akan dihubungi.
Iklan jawatan dan syarat-syarat kelayakan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda