SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Wednesday 10 August 2016

Jawatan Kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia - 21 Ogos 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Perangkaan Malaysia Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai :

1. PEMBANTU PERANGKAAN E19 (24 KEKOSONGAN)


Tarikh tutup permohonan 21 Ogos 2016
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong jabatan perangkaan malaysia ogos 2016

jawatan kosong jabatan perangkaan malaysia ogos 2016

LATAR BELAKANG

Jabatan Perangkaan telah ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Statistics Ordinance 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang. Pada tahun 1965, nama Biro Statistik telah ditukar kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989).

Pada masa yang sama, pejabat perangkaan Sabah dan Sarawak telah menjadi cawangan kepada Jabatan Perangkaan dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan Negeri di Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1971 sehinggalah ke tahun 1982. Dalam struktur organisasi kerajaan, Jabatan Perangkaan Malaysia diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri,Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.


Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia - 21 Ogos 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong