SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Saturday, 30 January 2016

Temuduga Terbuka di PTPTN Pada 02 Februari 2016

Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Februari 2016. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 Lantikan Sambilan pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

Tarikh / Hari : 02 Februari 2016 / Selasa
Masa : Sesi pagi - 9.30 pagi hingga 1.00 petang
Sesi petang - 2.30 petang hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Besar PTPTN
Tingkat 1,
Menara PTPTN (Dahulu dikenali sebagai Menara Park),
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 KUALA LUMPUR
(Sila ambil perhatian mengenai alamat baharu PTPTN)


PTPTN

CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Sambilan yang boleh diperolehi dari laman web PTPTN; (www.ptptn.gov.my).

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaharu berukuran passport beserta salinan sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Dokumen-dokumen yang dinyatakan di bawah hendaklah dikepilkan bersekali dengan borang permohonan mengikut susunan berikut :-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
d) Lain-lain dokumen sokongan.

iii. Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN. 

Muat turun Iklan jawatan dan borang permohonan jawatan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Temuduga Terbuka di PTPTN Pada 02 Februari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong