SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Thursday, 21 January 2016

Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji (LTH) - 03 Februari 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Lembaga Tabung Haji (LTH) Februari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai :

1. SETIAUSAHA 

Tarikh tutup permohonan pada 03 Februari 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji (LTH) 2016

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Sistem Pejabat atau kelayakan setaraf dengannya dari universiti-universiti tempatan atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan; ATAU

ii. Memiliki Diploma Kesetiausahaan atau Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat atau kelayakan setaraf dengannya dari universiti-universiti tempatan atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan; DAN

iii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

iv. Mempunyai kemahiran interpersonal, keperibadian terpuji, sentiasa komited, teliti dan pro-aktif;

v. Mampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik serta mahir dalam mengendalikan komputer.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

i.  Mengurus dan merekodkan semua surat/ dokumen masuk/ keluar serta memfailkan ke dalam fail-fail berkaitan termasuk membuat salinan yang mencukupi untuk edaran kepada pegawai-pegawai yang memerlukan tindakan segera;

ii.  Memasti dan menentukan tindakan ke atas surat/ dokumen/ e-mel yang telah diambil tindakan/ minit Ketua Pejabat supaya diedarkan kepada pegawai berkaitan untuk tindakan selanjutnya;

iii.  Menyimpan, menyelaras, mengawal dan mengemaskini sistem fail dan dokumen;

iv.  Menyedia dokumen dan menjawab surat-surat seperti yang dikehendaki oleh Ketua Pejabat;

v.  Menetapkan segala temu janji, mesyuarat, seminar/kursus dan sebarang program yang melibatkan Ketua Pejabat;

vi.  Merancang dan mengawal selia jadual kerja/ diari/ kalender Ketua Pejabat seperti menyelaras mesyuarat, temu janji/ urusan perjalanan mengikut kepentingan supaya semua aktiviti yang dijadualkan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertindihan;

vii.  Menyemak folder mesyuarat dan menyediakan checklist isu-isu penting mesyuarat untuk panduan Ketua Pejabat;

viii.  Mengendalikan urusan persediaan mesyuarat seperti dokumen, tempahan bilik mesyuarat dan sebagainya;

ix.  Berperanan dan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan dokumen, rekod dan fail di pejabat Ketua Pejabat;

x.  Menguruskan bil dan tuntutan seperti menaip borang-borang tuntutan perjalanan, permohonan pendahuluan diri, bil-bil telefon dan bil-bil utiliti;

xi.  Urusan tempahan tiket, penginapan bagi pihak Ketua Pejabat;

xii.  Menguruskan lain-lain keperluan Ketua Pejabat dari semasa ke semasa.

Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji (LTH) - 03 Februari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong