SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Thursday 21 January 2016

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - 15 Februari 2016

Jawatan kosong terkini di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Februari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) sebagai :

1. Jururawat U29
2. Pembantu Dialisis U19

Tarikh tutup permohonan pada 15 Februari 2016
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Kawasan Kelantan Selatan merupakan kawasan yang berbukit-bukau dimana hampir 50% daripadanya mempunyai kecerunan lebih daripada 25° dan hanya 10% sahaja yang mempunyai kecerunan kurang daripada 15°. Walaupun mempunyai kawasan yang luas namun hanya 20% sahaja yang berpotensi untuk pembangunan sektor pertanian.

Kepentingan pembangunan di Wilayah Kelantan Selatan telah mendorong persekutuan menubuhkan KESEDAR supaya pembangunan dapat diseimbangkan antara wilayah di negara ini. KESEDAR merupakan Lembaga Kemajuan Wilayah yang keempat ditubuhkan selepas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA-1971), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA-1972) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH-1973).

Pusat pentadbiran pertama KESEDAR terletak di Tingkat 2, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu apabila Pengurus Besar pertama, YBhg. Dato' Ariffin bin Said melapor diri pada 1 Jun 1978. Akibat daripada penambahan bilangan pejabat yang berterusan maka KESEDAR telah mendapatkan Ibu Pejabat sementara yang terletak di Bangunan Lembaga Urusan Tabung Haji. Namun demikian, hasrat dan perancangan untuk membina bangunan ibu pejabat di Gua Musang telah diilhamkan oleh YBM. Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada masa itu.

Iklan jawatan dan syarat-syarat kelayakan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - 15 Februari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong