SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Monday 16 November 2015

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 22 November 2015

Jawatan Kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Johor November 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Johor sebagai :

1. Guru Tabika Perpaduan S27

Tarikh tutup permohonan pada 22 November 2015
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

JAWATAN: GURU TABIKA PERPADUAN GRED S27
TARAF JAWATAN: KONTRAK
TEMPAT KEKOSONGAN: MUAR, JOHOR
TANGGA GAJI: RM 1362.00 - RM 5092.00

ELAUN: 
i) Imbuhan tetap perumahan (ITP) RM 300.00
ii) Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA) RM 160.00
iii) Bantuan sara hidup (BSH/COLA) RM 250.00

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

SYARAT LANTIKAN:
a) Warganegara Malaysia
b) calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
c) Pemohon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan syarat-syarat seperti berikut:
i) Lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran atas Gred C dengan NGMP 2.00 daln lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM.
ATAU
ii) Lulus dua (2) mata pelajaran dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua mata pelajaran yang lulus itu mestilah sekurang - kurangnya mendapat:
>》Gred B dan B (NGMP 3.00 dan 3.00); atau
>》Gred B+ dan B- (NGMP 3.33 dan 2.67); atau
>》 Gred A- dan C+ (NGMP 3.67 dan 2.33); atau
>》 Gred A dan C ( NGMP 4.00 dan 2.00)
ATAU
iii) Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran atas Gred C (NGMP 2.00) dan 2 mata pelajaran atas Gred C-, D+ atau D (NGMP 1.67, 1.33 atau 1.00) serta lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM.
ATAU
iv) Lulus sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran yang berlainan atas Gred C (NGMP 2.00) dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalan tempoh 3 tahun berturut-turut.
ATAU
d) Memiliki Diploma daripada Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Ketajaan Malaysia.
e) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak atau yang berkaitan

CARA MEMOHON:
~ Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati di mana-mana Pejabat di Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional Negeri / Daerah berdekatan atau laman sesawang www.jpnin.gov.my
~ Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yabg sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab 'A' 21, dan
~ Borang permohonan LENGKAP beserta dengan 
•GAMBAR berukuran Passport,
• salinan SIJIL KELAHIRAN
•salinan KAD PENGENALAN, 
•salinan LESEN MEMANDU, 
•salinan SIJIL-SIJIL KELULUSAN 
•SIJIL BERHENTI SEKOLAH dan sijil lain yang berkaitan
# hendaklah DIPERAKUI SAH oleh PEGAWAI KERAJAAN yang menjawat jawatan KUMPULAN 'A' atau Gred 41 keatas sebanyak 2 set salinan termasuk borang permohonan dan dihantar kepada:
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor, 
Tingkat 20, Bangunan KWSP,
Jalan Dato' Dalam, 80000 Johor Bahru

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :22 NOVEMBER 2015

Maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor di talian 07-223 2007 / 07-227 9799
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 22 November 2015 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong