1. EKSEKUTIF PEMASARAN
Tarikh / Hari : 16 November 2016 / Rabu
Masa : Sesi pagi : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
(pendaftaran dibuka : 9.00 pagi - 11.00 tengahari)
Sesi petang : 2.30 petang hingga 4.30 petang
(pendaftaran dibuka : 2.30 petang - 3.30 petang)
Tempat : Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Negeri Sembilan
No. 1-L2, Seremban Gateway
Off Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
NEGERI SEMBILAN
Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
• Berasal dari Negeri Sembilan.
• Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
• Perwatakan menarik.
• Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.
• Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.
• Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.
• Berkebolehan menganalisa dengan baik.
• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri. (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala
perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan
calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.
Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda