SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Monday, 29 August 2016

Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 11 September 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai :

1. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S48
2. PEGAWAI TADBIR N41
3. PEGAWAI FARMASI UF41
4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
5. PEMANDU KENDERAAN H11

Tarikh tutup permohonan 11 September 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong di universiti pertahanan nasional malaysia (upnm) 2016


CARA MEMOHON
i) Bagi jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S48: Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Bukan Akademik (UPNM/PEND-02). Borang tersebut boleh di dapati di laman web http://www.upnm.edu.my. Borang yang lengkap diisi perlu diserta bersama salinan dokumen/sijil yang diperlukan.

ii) Permohonan yang telah lengkap hendaklah di alamatkan kepada:-

Unit Perjawatan dan Pengambilan (Bukan Akademik)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur

iii) Jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

iv) Sila kemukakan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.

v) Bagi jawatan Pegawai Tadbir N41, Pegawai Farmasi Gred UF41, Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 dan Pemandu Kenderaan Gred H11: Pemohon perlu memohon melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat: http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara online. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temu duga.

vi) Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 

Peringatan
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan diproses dan dianggap
tidak berjaya

Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 11 September 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong