SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Saturday 16 July 2016

Jawatan Kosong Terkini di UPSI - 17 Julai 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai :

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Tarikh tutup permohonan 17 Julai 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Terkini di UPSI

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG41

(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

(iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98).

(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).

Syarat-syarat Lain
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak yang diiktiraf oleh kerajaan / Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mendapat markah CGPA/PNGK tidak kurang daripada 3.00; dan

- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; 

Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia  di talian 05-4506328 (En. Shamsul Razman, En. Mohd Rikzan, Pn Norazlina) /05-4506338 (Pn.Murni) / 05-4506339 (Pn. Anizan) atau e-mel    myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.

Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Terkini di UPSI - 17 Julai 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong