SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Sunday 3 July 2016

1,556 Kekosongan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - 14 Julai 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)sebagai :

1. LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA (1347 KEKOSONGAN)
2. LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL (209 KEKOSONGAN)

Tarikh tutup permohonan 14 Julai 2016 
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong di kkm 2016


SEJARAH KKM

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan. 

Kementerian Kesihatan juga turut memainkan peranan dalam pemulihan isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan dalam dua tempoh yang berasingan iaitu dari tahun 1956 hingga 1957 dan 1960 hingga 1962. Semasa tempoh pergabungan tersebut, Kementerian dikenali sebagai Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat dengan menteri pertamanya ialah B. Dato' V.T. Sambanthan (1957 - 1959). Namun bermula dari tahun 1963 Kementerian ditukarkan semula kepada nama asal iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menteri ke empat iaitu Y.B. Dato' Abdul Rahman Talib (1962 - 1964) yang mana nama tersebut terus kekal sehingga sekarang. 

Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus berkembang dengan bertambahnya fasiliti-fasiliti kesihatan pada setiap tahun. Kementerian juga menjadi rujukan dari negara-negara jiran dalam pelbagai teknologi serta kaedah perubatan seperti bidang perubatan Kardiologi dan Geriatrik. Kini fokus Kementerian Kesihatan menjadi lebih luas terutamanya dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang saksama, mudah diperolehi dan berkualiti. Perkembangan ini selaras dengan perubahan corak kesihatan persekitaran, pembangunan teknologi kesihatan globalisasi dan liberalisasi mengikut corak perubahan penyakit, kesihatan persekitaran dan perkembangan teknologi di peringkat dunia.


Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
1,556 Kekosongan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - 14 Julai 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong