1. PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN
Tarikh tutup permohonan 21 April 2016
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan
SYARAT PERMOHONAN
1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas seperti syarat-syarat pelantikan dibawah:
-Warganegara Malaysia
-Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa atau penjaga.
-Sihat tubuh badan.
-Sekurang-kurangnya telah tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
-Pelajar UMK/ Bekas Pelajar UMK/ Staf Akademik & Pentadbiran UMK tidak dibenarkan memohon.
-Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas sebagai Pembantu Pengawas Peperiksaan.
-Pihak UMK boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
2. Kadar bayaran adalah sebanyak RM54.00 sehari (melaksanakan tugas selama sembilan 9 jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan).
3. Tiada bayaran bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am, hari yang tidak hadir bertugas dan hari yang tidak dijadualkan bertugas.
4. Borang permohonan yang disenarai pendek akan dihubungi.
5. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota/ Kampus Bachok/ Kampus Jeli dan mempunyai kenderaan sendiri (sila lampirkan salinan lesen memandu yang sah).
6. Pemohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 22 Mei 2016 adalah dianggap tidak berjaya.
CARA MEMOHON
Semua permohonan boleh dibuat dengan menghantar borang yang telah lengkap diisi mengikut kampus yang dipohon seperti alamat dibawah:
Kampus Kota/Bachok
Bahagian Pentadbiran Akademik
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Bachok
Karung Berkunci No. 01
16300 Bachok
Kelantan Darul Naim
(U/P: Unit Peperiksaan)
Kampus Jeli
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Jeli
Karung Berkunci No. 100
17600 Jeli
Kelantan Darul Naim
(U/P: Unit Akademik)
Untuk Maklumat Lanjut Boleh Hubungi Pihak Kami Di :-
Kampus Kota/Bachok
Tel : 09-7797047/ 7797014
Kampus Jeli
Tel : 09-9477082/ 9477219
Muat turun iklan jawatan dan borang permohonan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda