1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
2. PELUKIS PELAN / PENOLONG JURUTERA (KEJURUTERAAN AWAM)
Tarikh tutup permohonan pada 13 Mac 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Perbandaran Kluang atau dengan memuat turun borang di laman web http://www.mpkluang.gov.my. Borang permohonan yang telah LENGKAP DIISI hendaklah dihantar kepada:
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
WISMA MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
JALAN KOTA TINGGI
86000 KLUANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)
PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;
b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;
c) Permohonan yang lewat , tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak.
d) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
dan
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
f) Pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang tidak akan bertanggung jawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda