1. PEGAWAI SYARIAH
2. JURUAUDIT
3. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
4. EKSEKUTIF AUDIT
5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
6. JURUTEKNIK
7. PEMANDU KENDERAAN
Tarikh tutup permohonan 04 APRIL 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
CARA MEMOHON :
-Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG dan SENARAI SEMAK DOKUMEN PEMOHON yang boleh didapati di laman web, www.mais.gov.my mulai 21 Mac 2016 (Isnin).
-Setiap borang permohonan jawatan kosong mestilah bersertakan
sekeping gambar berukuran pasport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
a. Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
b. Surat Berhenti Sekolah;
c. Sijil SPM;
d. Sijil PMR;
e. Gambar ukuran pasport;
f. Surat Akuan/pengesahan mastautin pemohon/ibu/bapa bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Selangor; dan
g. Sijil-sijil yang berkaitan.
- Pengesahan salinan sijil hanya boleh dibuat oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Kampung atau Penghulu atau Nazir Masjid.
- Pengesahan sijil melalui tandatangan ‘bagi pihak’ akan ditolak.
-Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masingmasing dengan melampirkan Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
-Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat.
-Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya:
a. Tidak ditandatangani oleh pemohon;
b. Pengisian borang tidak lengkap;
c. Dokumen yang diperlukan tidak dilampirkan;
d. Salinan sijil-sijil yang tidak disahkan oleh pegawai yang ditetapkan;
e. Tidak menggunakan Borang BR.MAIS BPSM (P&P) /16/2006- Pin.1.2013; dan
f. Tidak mengisi Borang Pengesahan Permastautinan Dalam Negeri Selangor BR.MAIS BPM (SM-P&P)/1/2009-Pind.1.2014 (Bagi Pemohon yang lahir luar dari Negeri Selangor). Iklan Jawatan Kosong MAIS Bil. 1/2016
-Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
Majlis Agama Islam Selangor
Tingkat 9, Menara Utara
Bangunan Sultan Idris Shah
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
(U.P.: Unit Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
CATATAN AM:
Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga.
-Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini adalah dianggap tidak berjaya.
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda