1. PEMANDU KENDERAAN H11
Tarikh tutup permohonan 28 Mac 2016
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan
1. Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(ii) lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
( iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen D RM896.15
Lesen E/E1/E2 RM942.30
Lesen F/H RM988.45
Lesen G/I RM1,034.60
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.
Catatan Am:
Semua pemohon dikehendaki menghantar satu (1) salinan fotostat dokumen seperti berikut:-
(i) Salinan maklumat peribadi pemohon
(ii) Sekeping gambar berukuran pasport
(iii) Kad Pengenalan
(iv) Sijil Lahir
(v) Sijil Akademik
(vi) Salinan Lesen Memandu
Kepada:
PENGURUS BESAR
LEMBAGA AIR KUCHING
JALAN BATU LINTANG
93200 KUCHING
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Lembaga Air Kuching.
Iklan jawatan dan syarat-syarat permohonan selanjuntya disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda