SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Monday, 21 March 2016

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) - 01 April 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Melaka) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27

SYARAT-SYARAT PELANTIKAN

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam dan lulus Bahasa Arab ;
[ Gaji Permulaan: RM 928.00 ] atau

ii. Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ;
[ Gaji Permulaan: RM 928.00 ] dan

iii. lulus Bahasa Malaysia/BahasaMelayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17

SYARAT-SYARAT PELANTIKAN:

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab;
atau
[ Gaji Permulaan: RM 1,362.00 ]

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM 1,362.00 ]

iii. Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian
Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM 1,661.95 ]

iv. Diploma dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM 1,661.95 ]

v. lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tarikh tutup permohonan 01 APRIL 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) April 2016

Iklan jawatan 1

Iklan jawatan 2
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) - 01 April 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong