SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Thursday, 25 February 2016

Temuduga Terbuka di Kolej Komuniti Langkawi Pada 28 Februari 2016

Temuduga Terbuka di Kolej Komuniti Langkawi  Februari 2016. Kolej Komuniti Langkawi @ Langkawi Tourism Academy akan mengadakan temuduga terbuka untuk jawatan berikut pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah :

1. PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI 

Tarikh: 28hb Februari 2016 (Ahad)
Masa : 10 pagi
Tempat : Langkawi Tourism Academy@KKLangkawi

Temuduga Terbuka di Kolej Komuniti Langkawi

Syarat Lantikan:
1. Warganegara Malaysia

2. Ijazah sarjana muda kepujian dalam Bidang Kulinari yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

3. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek-aspek dan aktiviti-aktiviti seperti berikut: 
a. Pengurusan pelajar
b. Pengurusan organisasi
c. Pengurusan dasar
d. Penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat
e. Jaringan dan kolaborasi
f. Pengurusan sumber manusia
Gaji permulaan : RM2000 – RM2200

Sila bawa bersama:

1. Dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:
o Kad Pengenalan;
o Sijil Kelahiran;
o Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
o Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);
o Ijazah dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian
o Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);

2. Anda dikehendaki membawa "resume" bergambar yang ringkas dan padat.

**Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak kolej ditalian : 
04-955 5909.

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17 

Tarikh: 28hb Februari 2016 (Ahad)
Masa : 10 pagi
Tempat : Langkawi Tourism Academy@KKLangkawi

Syarat Lantikan:
1. Warganegara Malaysia

2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer).

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.
Gaji permulaan : RM900 - RM1100

Sila bawa bersama:
1. Dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:
o Kad Pengenalan;
o Sijil Kelahiran;
o Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
o Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);
o Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);
2. Anda dikehendaki membawa "resume" bergambar yang ringkas dan padat.
**Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak kolej ditalian : 04-955 5909.
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Temuduga Terbuka di Kolej Komuniti Langkawi Pada 28 Februari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong