1. Pembantu Tadbir N17
2. Pembantu Penguatkuasa N17
3. Pemandu Kenderaan H11
4. Pembantu Awam H11
Tarikh tutup permohonan pada 27 Februari 2016.
Lokasi : Pasir Mas, Kelantan.
Sektor : Kerajaan
CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM 2.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Posdi atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pasir Mas beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.
b. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan MDPM1.
c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.
d. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.
e. Alamat Permohonan :
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
KOMPLEKS APAM PUTRA
BANDAR BARU PASIR MAS
LUBOK JONG, 17070 PASIR MAS
KELANTAN
Tarikh Tutup Permohonan : 27 FEBRUARI 2016
Catatan Am :
- Permohonan yang tidak lengkap dan memenuhi syarat akan ditolak.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
Muat turun iklan jawatan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda