SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Sunday, 14 February 2016

Jawatan Kosong Lembaga Air Negeri Kedah - 25 Februari 2016

Jawatan kosong terkini di Lembaga Air Negeri Kedah Februari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Lembaga Air Negeri Kedah sebagai :

1. Pegawai Undang-Undang
2. Pembantu Tadbir (Kewangan)

Tarikh tutup permohonan pada 25 februari 2016
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Lembaga Air Negeri Kedah

CARA MEMOHON
PEMOHON YANG BERKELAYAKAN SEBAGAIMANA YANG DITETAPKAN DI ATAS SAHAJA LAYAK MEMOHON. BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIISI DAN DI HANTAR KE LEMBAGA INI DISERTAKAN DENGAN SEKEPING GAMBAR FOTO TERBARU (BERUKURAN PASPORT), SALINAN KAD PENGENALAN (KPT), SALINAN PERAKUAN BERANAK/SIJIL KELAHIRAN, SALINAN SEMUA SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN (SRP/PMR, SPM/SPVM DAN STPM), SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH, SALINAN IJAZAH/DIPLOMA/SIJIL/TRANSKRIP KEPUTUSAN SEMUA SEMESTER DARI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN YANG MENGANDUNGI CGPA, SALINAN SURAT PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN YANG DIKELUARKAN OLEH UNIT PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI PEMEGANG IJAZAH/DIPLOMA/SIJIL DARI IPT DAN SALINAN DOKUMEN-DOKUMEN LAIN YANG DISAHKAN. TANDATANGAN PENGESAHAN SALINAN SIJIL/DOKUMEN HENDAKLAH DILENGKAPI DENGAN COP NAMA DAN JAWATANNYA. SEMUA SALINAN SIJIL/DOKUMEN HENDAKLAH BERSAIZ A4 BERSERTA NAMA JAWATAN DI SUDUT KIRI ATAS SAMPUL.

-Pegawai yang sedang berkhidmat (Tetap, Sementara, Kontrak, Sambilan) dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut (PU (A) 176/2005) 17 dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan dan Cuti yang kemaskini (ditaip mengikut format borang Am 274B dan C).

-Salinan fotostat tidak diterima dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2015 yang disahkan. Surat pengesahan Ketua Jabatan hendaklah dibawa semasa temuduga.

-Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas akan ditolak.

ALAMAT PERMOHONAN 
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23 cm x 31 cm dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon. Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Pengarah,
Lembaga Sumber Air Negeri
Kedah Darul Aman,
Aras 1, Blok E,
Wisma Darul Aman,
05503 ALOR SETAR.

Iklan jawatan dan syarat-syarat permohonan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Lembaga Air Negeri Kedah - 25 Februari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong