1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
3. PEMANDU KENDERAAN H11
Tarikh tutup permohonan pada 29 FEBRUARI 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www.mqa.gov.my.
2.Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.
3.Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.
4.Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.
5.Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
6.Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.
7.Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03- 7954 1852 atau 03- 7968 5512/2232. Pertanyaan berkaitan dengan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03- 7968 2236.
8.Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Februari 2016 (Isnin) jam 5.00 petang.
CATATAN AM
1.Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
2.Pihak MQA tidak bertanggungjawab untuk melantik calon yang memiliki syarat kelayakan yang lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon ke mana-mana skim perkhidmatan yang lebih tinggi dalam agensi sekiranya calon berjaya dilantik.
3.Sekiranya di antara maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.
4.Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.
5.Pelantikan secara kontrak bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skin perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.
Iklan jawatan dan permohonan jawatan secara online disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda