SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday 16 February 2016

Jawatan Kosong Konstabel PDRM (Lelaki/Wanita) Tahun 2016

EKSESAIS PENGAMBILAN BAGI JAWATAN KONSTABEL WANITA DAN KONSTABEL SOKONGAN (LELAKI/WANITA) TAHUN 2016

Eksesais Pengambilan bagi jawatan kosong Konstabel Wanita dan Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita) akan diadakan mulai 1/2/2016 hingga 1/3/2016.

Calon-calon yang TELAH mendaftar melalui sistem Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi tahun 2014/2015 boleh menghadirkan diri pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat yang di tetapkan (Lampiran ’A’).

Sila baca dahulu Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel atau Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel Sokongan untuk panduan sebelum menghadiri ujian tersebut.

ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA PERKARA-PERKARA BERIKUT :-

  • Salinan dan bukti mengesahkan telah membuat permohonan melalui SPA tahun 2014/2015.
  • Kad pengenalan asal dan 1 salinan;
  • Sijil kelahiran asal dan 1 salinan;
  • Sijil SPM, PMR dan Sijil Tertinggi asal dan 1 salinan;
  • Sijil berhenti sekolah asal dan 1 salinan;
  • 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa, 1 salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau sijil kematian ibu dan bapa;
  • 1 salinan sijil kewarganegaraan (jika ada) bagi calon, ibu dan bapa;
  • 1  keping gambar terkini berukuran pasport;
  • Pen-ball point, liquid paper serta gam;
  • Bawa seluar pendek dan t-shirt berlengan pendek untuk pemeriksaan fizikal (Lelaki/Wanita);

Sekiranya anda gagal membawa sijil-sijil asal atau tidak hadir di pusat ujian pada masa yang ditetapkan, anda TIDAK DIBENARKAN menjalani ujian pemeriksaan tersebut.

ANDA DIKEHENDAKI BERPAKAIAN SUKAN (TRACK BOTTOM DAN T-SHIRT BERKOLAR) SERTA BERKASUT SUKAN SEMASA MENGHADIRI UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL. (JEANS, KEMEJA-T DAN SELIPAR TIDAK DIBENARKAN).

- Anda dikehendaki hadir di pusat ujian pemeriksaan fizikal sebelum jam 9.00 pagi.

- Anda dinasihatkan bersarapan pagi sebelum menghadiri Ujian pemeriksaan fizikal.

Calon-calon yang GAGAL membawa dokumen-dokumen asal dan tidak mencukupi syarat-syarat skim perkhidmatan akan DIARAH BALIK.

Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi talian berikut:- 03-22668347 / 8349 / 8350 / 8351 / (Unit Pengambilan).


Jawatan Kosong Konstabel PDRM



Jawatan Kosong PDRM
Jawatan Kosong PDRM
Jawatan Kosong PDRM
Jawatan Kosong PDRM

TAMBAHAN TARIKH BAGI URUSAN DOKUMENTASI / UJIAN FIZIKAL BAGI CALON KONSTABEL WANITA DAN KONSTABEL SOKONGAN (LELAKI / WANITA) TAHUN 2016

Jawatan Kosong Konstabel PDRM (Lelaki/Wanita) Tahun 2016

Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Konstabel PDRM (Lelaki/Wanita) Tahun 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong