SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Wednesday, 13 January 2016

Jawatan Kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) - 20 Januari 2016

Jawatan kosong terkini di Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) sebagai:

1. Juruaudit Dalaman

Tarikh tutup permohonan pada 20 Januari 2016
Lokasi: Pahang
Sektor: Kerajaan

Jawatan Kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC)


KELAYAKAN JAWATAN
Keperluan :
1) Diploma dalam bidang pengajian perakaunan, pengajian bank atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

2) Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh  kerajaan.

4) Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang audit.

5) Berkebolehan membuat pembentangan laporan audit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

6) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran di dalam Microsoft Office.

7) Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.

DESKRIPSI TUGAS
1) Unit Audit dalam bertanggungjawab bagi menjalankan audit pengurusan kewangan dan audit prestasi.

2) Audit pengurusan Kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan gunahabis telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan Arahan yang berkaitan.

3) Audit Prestasi pula merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.

Kepada calon yang berminat mohon untuk mengemukakan CV kepada Unit HR sebelum
atau pada 20 Januari, 2016 melalui emel hr@psdc.gov.my Hanya calon yang berkelayakan
dan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Muat turun syarat-syarat kelayakan permohonan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) - 20 Januari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong