SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday 19 January 2016

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Yan (MdYan) - 25 Januari 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Yan (MdYan) Januari 2016 | Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Yan (MdYan) Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Daerah Yan (MdYan) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W27
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N17

Tarikh tutup permohonan pada 25 Januari 2016
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Majlis Daerah yan (MdYan)

Daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah. Alam semulajadi yang mencakupi banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga dan Selat Melaka.

Mengikut sejarah sebutan Yan diambil daripada penghujung perkataan " Sendayan" iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini suatu ketika dahulu. Tetapi ada kalangan yang menyanggah pendapat itu mengatakan sebutan Yan adalah singkatan dari perkataan buah " Durian ". Bagaimanapun Daerah Yan mencatat sejarahnya tersendiri.

Beberapa tempat dalam daerah ini terdapat kelompok berketurunan Acheh. Sehingga terdapat sebuah perkampungan yang dikenali " Kampung Acheh " jaraknya 2 kilometer dari Bandar Yan. Perpindahan beramai-ramai rakyat Acheh ke sini boleh diramalkan berdasarkan beberapa fakta sejarah.

Daerah Yan dibuka secara rasmi pada 1904 bersamaan 1324 Hijrah, ketika itu Kawasan Yan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri yang dianugerahkan oleh KBDYMM Tuanku Sultan Kedah. Tugas utamanya ialah memungut cukai dan mentadbir Daerah sehinggalah berlakunya campurtangan Inggeris yang telahpun melantik seorang Pegawai Pentadbir yang baru bernama Tengku Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid yang berperanan menjadi Hakim, Pemungut Cukai Tanah dan Hasil Perdagangan. Bagaimanapun, Pegawai Daerah Yan pertama mentadbir Daerah secara rasmi ialah Dato' Indera Segara Madi.

Muat turun iklan jawatan dan syarat-syarat permohonan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Majlis Daerah Yan (MdYan) - 25 Januari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong