SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Thursday, 21 January 2016

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 31 Januari 2016

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai :

1. PEGAWAI TADBIR N41 (04 KEKOSONGAN)
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
4. PEMBANTU TAMAN/LADANG G17 

Tarikh tutup permohonan pada 31 JANUARI 2016
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong di lada 2016

Panduan/Cara Memohon
  • Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran passport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lainlain dokumen yang berkaitan.
  • Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-
 Ketua Pegawai Eksekutif
 Lembaga Pembangunan Langkawi
 Tingkat 3, Kompleks LADA
 Jalan Persiaran Putra
 07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
 (u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

  •  Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
 Permohonan yang ditolak;
  • Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran passport seperti ditetapkan;
  • Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan; 
  • Tidak lengkap dan tidak terang;
  •  Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  •  Tidak menandatangani borang permohonan
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9600600.

Muat turun iklan jawatan dan borang permohonan jawatan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 31 Januari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong