SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday, 22 December 2015

Temuduga Terbuka di PTPTN - 27 Disember 2015

Temuduga Terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Disember 2015. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :

Jawatan : Eksekutif Pemasaran
Tarikh / Hari : 27 Disember 2015 (Ahad)
Masa : 9:30 pagi - 4:30 petang
Tempat : a) Bilik Mesyuarat Pejabat PTPTN Negeri Kelantan
Lot 396, Jalan Kuala Krai
Bandar Baru Tunjong
15100 Kota Bharu
KELANTAN

b) Pejabat PTPTN Cawangan Kuala Krai
PT5555, Tingkat Bawah & 1, Taman Yani
KM1.5 Lebuhraya Kuala Krai- Gua Musang
18000 Kuala Krai
KELANTAN


Temuduga Terbuka di PTPTN disember 2015


Syarat lantikan adalah seperti berikut :
JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) KELANTAN
Akan ditempatkan di cawangan sekitar Kota Bharu
dan Kuala Krai

GAJI DITAWARKAN : RM1,500.00 SEBULAN
INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI
Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon yang :
• Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
• Perwatakan menarik.
• Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.
• Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.
• Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.
• Berkebolehan menganalisa dengan baik.
• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.
(keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang
disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan
sijil-sijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala
perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan
calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.

CATATAN AM
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari
tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan
mereka tidak berjaya.
ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.

Muat turun syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Temuduga Terbuka di PTPTN - 27 Disember 2015 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong