SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Saturday 12 December 2015

TAWARAN MENYERTAI SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL) YANG MASIH BELUM MENDAPAT KERJA (DISEMBER 2015)

TAWARAN MENYERTAI SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL) BAGI GRADUAN SISWAZAH (ANAK MELAKA) PENGAJIAN ISLAM YANG BELUM MENDAPAT PEKERJAAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Melaka yang berkelayakan untuk menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi Graduan Siswazah Pengajian Islam yang belum mendapat pekerjaan seperti berikut :-

1. Graduan Siswazah Pengajian Islam
No. Notis : MAIM/PP/302/1-2015
Penempatan : Di Pelbagai Majlis/Jabatan/Agensi Agama
Negeri Melaka
Elaun : RM900.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Enam (6) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*

2. SYARAT KEMASUKAN

Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Anak Negeri Melaka (Warganegara Malaysia);
(b) Graduan dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam yang belum
mendapat pekerjaan;
(c) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; dan
(e) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya serta Kepujian
Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

3. CARA MEMOHON

3.1 Borang Permohonan MAIM/PP/302/1-2015 boleh diperolehi daripada Urusetia SSL Kaunter seperti berikut :

Jabatan Agama Islam Melaka
Bahagian Pendidikan,
Lot 43-45, Jalan KPAA 2, Kompleks Perniagaan Al-Azim,
Bukit Palah, 75150 MELAKA.
(U.P : Encik Mohd Said bin Md. Amin)

Majlis Agama Islam Melaka
Bahagian Pentadbiran dan Perkhidmatan,
Pusat Islam Melaka, Aras 1, Bukit Palah,
75400 MELAKA.
(U.P : Encik Mohd Rizalman bin Syed)

atau boleh dimuat turun di Laman Web : http//.jaim.gov.my dan http//.www.maim.gov.my.

3.2 Borang Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dihantar
bersama salinan sijil yang telah disahkan benar seperti berikut :-

a) Salinan Sijil Kelahiran;
b) Salinan Kad Pengenalan;
c) Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan kedua ibubapa;
d) Salinan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam;
e) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya; dan
f) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini.

Kepada :
Urusetia SSL,
Majlis Agama Islam Melaka,
Bahagian PSM dan Penerbitan,
Aras 1, Pusat Islam Melaka, Bukit Palah,
75400 Melaka.
(U.P : Encik Mohd Rizalman bin Syed/
Puan Haszlinda binti Zainal Abidin)

Sebelum atau pada : 31 Disember 2015 (Khamis)

3.3 Permohonan yang diterima daripada calon-calon yang tidak memiliki kelayakan yang disyaratkan dalam iklan dan tidak mengemukakan salinan dokumen seperti di perenggan 3.2 tidak akan dilayan
3.4 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk Temuduga.
3.5 Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3.6 Pihak Majlis Agama Islam Melaka tidak terikat untuk memberi pekerjaan tetap atau sementara kepada para peserta skim selepas menamatkan latihan.

Iklan tawaran menyertai skim ini boleh juga dilayari melalui Laman Web : http//.jaim.gov.my
dan http//.www.maim.gov.my.

Muat turun iklan jawatan dan syarat disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
TAWARAN MENYERTAI SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL) YANG MASIH BELUM MENDAPAT KERJA (DISEMBER 2015) Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong