SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Friday 1 January 2016

Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 di SUHAKAM - 11 Januari 2016

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini yang di tawarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sebagai:

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
- BAHAGIAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN  (UNIT PENTADBIRAN)

Tanggagaji : Minimum RM837.00 – Maksimum RM2,619.00 dan elaun  tambahan sebanyak RM575.00 sebulan

Taraf Jawatan : Kontrak

Bertempat : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)

Jawatan Kosong SUHAKAM


Kelayakan : 

i. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

ii. Memiliki lesen memandu Kelas B2 dan D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P);

iii. Berkemahiran untuk memandu, mengendali dan selenggara kenderaan pejabat;

iv. Mahir dengan jalan-jalan di kawasan Lembah Klang dan juga mempunyai keupayaan untuk memandu luar kawasan apabila dikehendaki oleh Suruhanjaya;

v. Mempunyai tahap kesihatan yang baik;

vi. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia, manakala kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan;

vii. Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

viii. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.

Kekosongan jawatan : 1 Jawatan

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan beserta dokumen maklumat diri (resume) dan salinan sijil-sijil akademik, salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, slip gaji terakhir, surat rujukan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 11 Januari 2016 kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 
Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 di SUHAKAM - 11 Januari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong