1. Pegawai Penerangan (Perhubungan Awam) S44
2. Pembantu (Tadbir Kewangan) W17
Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2015
Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan
SYARAT LANTIKAN JAWATAN (1) :
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;dan
(d) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN JAWATAN (2) :
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(iv) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-Kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Iklan jawatan dan permohonan jawatan secara online disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda