Jawatan : Eksekutif Pemasaran Lantikan Kontrak
Tarikh / Hari : 12 Ogos 2015 / Rabu
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
(pendaftaran dibuka sehingga 12.00 tengahari)
Tempat : Pejabat PTPTN Negeri Selangor
Tingkat 8 Menara MRCB
No 2, Jalan Majlis 14/10, Seksyen 14
40712 Shah Alam
SELANGOR
Syarat lantikan adalah seperti berikut :
JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) SELANGOR
Akan ditempatkan dan bertugas di Cawangan
Petaling Jaya, Mutiara Damansara, Subang Jaya
dan Kota Damansara
GAJI DITAWARKAN : RM1,500.00 SEBULAN
INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI
Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
• Lelaki (amat digalakkan memohon)
• Kelahiran Negeri Selangor
• Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
• Perwatakan menarik.
• Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.
• Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.
• Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.
• Berkebolehan menganalisa dengan baik.
• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.
(keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang
disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan
sijil-sijil yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala
perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan
calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.
CATATAN AM
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari
tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan
mereka tidak berjaya.
ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.
Muat turun iklan jawatan dan borang permohonan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda