SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday 27 February 2018

Temuduga Terbuka di Bank Negara Malaysia Pada 10 Mac 2018

Temuduga terbuka terkini di Bank Negara Malaysia Mac 2018. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Bank Negara Malaysia sebagai :

1. POLIS BANTUAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun
  • Sihat tubuh badan, mempunyai penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah
  • Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dan lulus Bahasa Inggeris.
UKURAN BADAN dan CIRI FIZIKAL
Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti yang berikut:
  • Ketinggian Minimum  (tidak berkasut) 165 cm (Lelaki) & 163 cm (Wanita)
  • Berat Badan Minimum 50 kg (Lelaki) & 48 kg (Wanita)
  • Ukuran Dada Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas) -
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI) Antara 19 hingga 26
  • Penglihatan Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna
FAEDAH dan KEMUDAHAN
  • Pakej gaji yang menarik
  • Kemudahan seperti perumahan (kuarters), pinjaman perumahan dan kenderaan
  • Kemudahan rawatan perubatan dan pergigian untuk diri dan tanggungan
  • Perlindungan Insurans Nyawa dan Kemalangan
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran  dan memajukan kerjaya
Sila bawa bersama pakaian dan dokumen seperti berikut:
  • Pakaian formal untuk sesi temuduga
  • Pakain sukan (Kemeja T berkolar, seluar trek panjang, kasut sukan dan setokin) untuk ujian kecergasan dan fizikal
  • Satu gambar terkini berukuran pasport
  • Kad Pengenalan (dokumen asal dan salinan fotokopi)
  • Resume terkini
  • Sijil akademik SPM/STPM/Diploma (dokumen asal dan salinan fotokopi)
  • Penyata gaji tiga bulan terkini (sekiranya ada)
  • Kebenaran bertulis daripada majikan bagi anggota polis bantuan yang sedang berkhidmat
SILA HADIRKAN DIRI ANDA KE LANAI KIJANG, BANK NEGARA MALAYSIA PADA 10 MAC 2018.

Temuduga Terbuka di Bank Negara Malaysia Pada 10 Mac 2018

Info jawatan selanjutnya disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Temuduga Terbuka di Bank Negara Malaysia Pada 10 Mac 2018 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong