SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Thursday 4 August 2016

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 15 Ogos 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sebagai :

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41 
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 
4. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 
5. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19 
6. PEMBANTU PENILAIAN W19 

Tarikh tutup permohonan 15 Ogos 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong di mpag ogos 2016

CARA-CARA MEMOHON :
 1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran
Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada
waktu pejabat.

 2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan,
sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

 3. Ijazah/Diploma/Sijil yang digunakan dalam permohonan ini perlu mendapat pengiktirafan
kelayakan di Kementerian Pendidikan Tinggi melalui laman web
https://www.app.mohe.gov.my/iktiraf/ dan melampirkannya bersama borang permohonan.

 4. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah
mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang
kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi disertakan bersama.

5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas
sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti
alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH, MELAKA 



Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 15 Ogos 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong