SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Sunday, 15 May 2016

Jawatan Kosong Terkini di PERKESO - Mei 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai :

1. PEGAWAI PENYELIDIK EKUITI GRED 25 (EQUITY ANALYST)

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN :

Calon-calon  bagi lantikan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:

-Memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan atau dalam bidang berkaitan dengan pelaburan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf;
-Memiliki Ijazah Sarjana atau lain-lain kelayakan profesional yang berkaitan seperti Chartered Financial Analyst (CFA) adalah diutamakan;
-Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;  
-Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa   Inggeris dengan baik;
-Memiliki keterampilan, sifat kepimpinan, bermotivasi tinggi dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
-Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman sebagai Pegawai Penyelidik Ekuiti . 

2. KETUA PELABURAN HARTANAH GRED 27

Kelayakan dan Syarat-syarat Lantikan

Calon- calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:

-Memilki Ijazah dalam bidang berkaitan dengan hartanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf;
-Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
-Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa   Inggeris dengan baik;
-Memiliki keterampilan, sifat kepimpinan, bermotivasi tinggi dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
-Memiliki kelayakan dan latihan profesional dalam bidang berkaitan hartanah adalah satu kelebihan;
-Mempunyai rekod prestasi yang terbukti melalui transaksi hartanah yang pernah dibuat; dan
-Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam bidang hartanah. 

Tarikh tutup permohonan Mei 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Terkini di PERKESO - Mei 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong