1. PENSYARAH
Tarikh tutup permohonan 31 APRIL 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
KELAYAKAN
Syarat tambahan: Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar, berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi, boleh menerima cabaran dari murid-murid pintar, kreatif, kritis dan komited, bersedia mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas, bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan dan sihat dari segi emosi dan fizikal.
CARA MEMOHON
Pemohon diminta membuat permohonan dengan mengisi borang PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK (UKM-SPKP-JP-PK01-BO02 Permohonan Jawatan Akademik) dari laman web UKM dan menghantarnya kepada Dr Azizah binti Mohd Zahidi, Ketua Program ASASI, Pusat PERMATApintarTM Negara. Borang permohonan beserta dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah diposkan ke alamat yang dinyatakan di bawah. Permohonan melalui email tidak akan dilayan.
*Sila catatkan ‘PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK PROGRAM ASASI PINTAR’ di sudut kiri atas sampul surat permohonan
Untuk maklumat lanjut, hubungi :-
Dr Azizah binti Mohd Zahidi
Ketua Program ASASIpintar
Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda