SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Sunday 10 April 2016

Jawatan Kosong di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKN Selangor) - 15 April 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKN Selangor) April 2016 | Jawatan kosong terkini di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKN Selangor) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada waganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKN Selangor) sebagai :

1. PEMBANTU PENYELIDIK Q17
2. PEMBANTU TADBIR N17

Tarikh tutup permohonan 15 April 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNSelangor)

LATAR BELAKANG
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merupakan ibupejabat perkhidmatan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Negeri Selangor dan dipertanggungjawabkan ke atas perkhidmatan perubatan dan kesihatan di peringkat negeri. JKNS diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan dibantu oleh enam (6) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri yang mengetuai bahagian masing-masing. Setiap bahagian bertanggungjawab ke atas perjalanan aktivti-aktiviti dalam program masing-masing.

Enam (6) bahagian yang menjadi tonggak penggerak JKNS adalah Bahagian Pengurusan, Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Perubatan,  Bahagian Pergigian, Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan  Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Disamping itu, terdapat 32 Pusat Tanggungjawab (PTJ) utama  iaitu dua belas (12) hospital, sebelas (11) Pejabat Kesihatan Daerah dan sembilan (9) Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah yang berada di bawah tadbiran JKNS.

Manakala Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ialah gerbang laluan kepada pelbagai maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh JKNS menerusi internet. Pembangunan Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dilaksanakan oleh Unit Teknologi  Maklumat di bawah seliaan Bahagian Pengurusan JKNS. 

Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKN Selangor) - 15 April 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong